May 25, 2011

Produk Kecantikan Favorite Terbaik 2011

.
BELLE kiranya bernasib baik kerana mempunyai jenis kulit muka yang tidak sensitif. Hanya perlu beli dan gunakan produk mana yang perlu, tak semestinya semua produk daripada brand yang sama. Pastikan sebelum beli buat sedikit research atau tanya pada kawan-kawan tentang keberkesanan sesebuah produk.

Mahu share disini produk kecantikan yang aku gunakan selama ini. Kos pun tak mahal sangat dan senang nak dapatkan dimana-mana farmasi atau shopping complex. Bukan semua produk yang mahal tu bagus dan berkesan. Ianya bergantung pada kesesuaian kulit.


.
Pertama sekali haruslah ada pencuci muka. Pagi dan malam mesti rajin cuci muka biar bersih dari kotoran dan habuk. Nutri-Rich Bioglo Cosway mengandungi bahan campuran Tea Tree Leaves dan Peppermint. Guna setiap waktu pagi dan malam, terasa kulit muka dicuci bersih dan kulit muka jadi segar dan baunya sangat menyenangkan. Bau daun teh dan pudina memang best. Harum.


.
Selepas cuci muka, gunakan Hada Labo Super Hyaluronic Acid Mosturizing Lotion atau Hada Labo Arbutin Whitening Lotion. Biasanya aku guna Whitening Lotion setiap pagi dan Mosturizing Lotion sebelah malam. Memang kulit muka akan tampak lebih lembut, licin dan gebu. Kawaiii.

Tepuk-tepuk lotion ni ke serata muka sampai ianya meresap ke dalam kulit, jangan gunakan kapas kerana Vitamin C dan bahan-bahan yang terkandung dalam lotion ni akan meresap ke dalam kapas. Rugi. Jadi gunakan tapak tangan tapi janganlah tepuk muka kuat-kuat pulak. 

Untuk Face Mask, aku lebih suka guna putih telur. Putih telur juga berkesan untuk tegangkan kulit dan bersihkan kulit. Cuma baunya tak berapa wangi lah kan. Haha. Sabar jelah.



.
Menggunakan Contact Lens FreshLook dan cleanser Re'nu. Lebih suka jenama FreshLook kerana tampak natural apabila memakainya dan setakat ni memang selesa gunakan CL daripada kacamata. Pastikan cuci CL sebelum pakai dan selepas memakainya. Jaga kebersihan dengan teliti kerana mata sangat berharga dik oiii.

.

.
Ini pula adalah Liquid Foundation Silky Girl dan Concealer Stick EX Shisheido Maquillage. Sebenarnya warna foundation dan concealer adalah lebih cerah, dalam foto kelihatan agak gelap. Sebelum beli, pastikan cuba sedikit dan sapu di pipi lihat ianya meresap dan serata dengan tona kulit.

Foundation boleh melindungi kulit dari dicemari habuk kotoran dan concealer stick pula digunakan untuk mensamarkan jerawat, dark circle disekitar bawah mata atau brown spots yang kelihatan.



.
Dah hampir 2 tahun menggunakan Compact Powder Chanel kerana solekan tampak lebih licin, natural dan serata. Tekstur bedak padat Chanel sangat halus mulus dan suka packaging yang nampak simple tapi elegant. Beli sekali sahaja compact powder ni dan bila powder hampir kehabisan cuma perlu beli yang refill.


.
Memantis kening gunakan Eyebrow Pencil Maybelline rona coklat. Aku tak gemar warna hitam, tak sesuai kerana warna hitam buat muka tampak garang. GRRR. Pilihlah warna coklat lebih natural dan pantis dengan lembut tak perlu tekan pensil tu dan jangan lukis kening dengan tebal. Aku ni kalau dah biasa guna barang bertahun-tahun, sorilah nak tukar jenis serbuk atau mechanical. Pemalas nak tukar-tukar sebab dah selesa dengan yang itu.



Untuk mata pula menggunakan Revlon Colorstay Eyeliner warna hitam. Bulu mata berwarna hitam haruslah guna eyeliner hitam untuk membingkaikan bentuk mata lebih menarik.



.
Yang ni paling jarang guna, sebenarnya Mascara Maybelline ni dah aku cuci jadi aku guna sebagai sikat pada bulu mata biar lentik. Mascara dah habis pakai last year, sikat je bulu mata tapi tak perlu mascara. Lecehlah nak cuci bulu mata. Bila basuh mesti jadi lebam mata panda. Ish.



Akhirnya, tentulah calitkan Lipstik Revlon, MAC atau Benefit supaya muka berseri-seri. Kecenderungan memilih warna matte dan rona-rona coklat. Tak perlu touch up banyak kali.

Rutin makeup ni cuma pergi kerja sahaja kalau outing aku malas nak sakan bersiap, just guna concealer dan lipstik.  Cuma nak melilit hijab tu ambil masa sikit. Hehehe.


Okay itu je yang ado. Jangan lupa SENYUM SELALU barulah KAWAIII.

.
Ciao bebeh. Muaxxx.